Anthropic kata patahkan platform AI manipulasi pilihan raya yang sasarkan Malaysia
Syarikat AI Amerika Syarikat, Anthropic, berkata ia telah mematahkan platform komersial manipulasi pilihan raya yang menggunakan model Claude untuk menyasarkan pengundi di seluruh Malaysia, lapor The Edge pada 11 September. Menurut laporan ancaman Anthropic, rangkaian itu merangkumi kira-kira 1,000 akaun palsu X, sebuah saluran berita palsu dan dokumen rekaan, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan sebarang penglibatan.